Soalan Lazim Carian Tanah (FAQ for Land Search)

Soalan Lazim Carian Tanah 

 

1. Apakah itu Carian Tanah?

  • Carian Tanah mengandungi maklumat penting mengenai harta tanah yang boleh diperoleh melalui pejabat tanah di seluruh Malaysia. Maklumat seperti pemilik berdaftar, sama ada harta tanah tersebut mempunyai sekatan-sekatan penting sangat membantu untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk memperoleh harta tanah atau tanah tersebut terutamanya semasa melakukan Pengisytiharan Jualan.

 

2. Apakah itu carian persendirian atau carian rasmi?

  • Carian Persendirian
    • Carian Persendirian adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah negeri masing-masing dengan memberikan maklumat mengenai harta tanah
  • Carian Rasmi
    • Carian Rasmi adalah satu salinan dokumen yang mempunyai cop pengesahan daripada Pegawai Pentadbir Pejabat Tanah untuk urusan rasmi mengenai harta tanah.
  • Informasi dalam carian persendirian dan carian rasmi merangkumi seperti berikut
    • Taraf pegangan harta tanah, sama ada tanah pegangan selama-lamanya atau pajakan
    • Sama ada harta tanah simpanan hak milik Melayu.
    • Sebarang sekatan-sekatan penting.
    • Keluasan tanah.
    • Pemilikan tanah yang terkini berdaftar.
    • Tanggungan dan endorsan-endorsan lain.

 

3. Apakah perbezaan carian persendirian  dengan carian rasmi?

  • Carian rasmi mempunyai cop pengesahan daripada Pegawai Pentadbir Pejabat   Tanah untuk tujuan rasmi manakala carian persendirian tiada cop pengesahan tersebut.

 

4. Saya nak buat carian tanah, kena pilih carian persendirian atau carian rasmi?

  • Kami tidak dapat sarankan jenis-jenis carian yang anda perlu lakukan. Kami menyarankan anda untuk mendapat pendapat tersebut dengan peguam/pihak bank anda.

 

5. Bagaimana cara-cara untuk membuat carian tanah?

Ada 2 cara anda boleh buat carian persendirian atau carian rasmi

  • Cara 1 :
    • Anda boleh membuat permohonan carian tanah di Pejabat Tanah bergantung kepada pengeluaran hakmilik hartanah tersebut. Di sesetengah pejabat tanah, anda memerlukan temujanji untuk membuat carian tanah dan anda perlu beratur. Pada musim PKP ni, pejabat tanah hanya akan membuat kaunter dalam hari dan masa yang tertentu, ia akan memerlukan anda untuk tunggu masa yang lama hanya dengan membuat carian tanah. Tidak dilupakan jika system mereka tergendala, anda juga tidak boleh membuat carian tanah pada hari tersebut.
  • Cara 2 :
    • EasyLaw menawarkan perkhidmatan carian tanah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda tidak perlu pergi ke pejabat tanah. Anda hanya perlu membuat carian tanah atas talian dan kami akan memberikan carian tanah tersebut melalui emel. Carian Tanah Yang Cepat, Senang & Mudah dengan EasyLaw. Hubungi kami sekarang!

 

6. Berapakah bayaran untuk membuat carian tanah

  • Bayaran carian tanah bergantung dengan pejabat tanah di setiap negeri. Anda boleh merujuk bayaran kepada pejabat tanah di SINI.

 

7. Dimanakah saya boleh mendapatkan nombor geran?

  • Anda boleh mendapatkan nombor geran tersebut di:
    • Geran hakmilik individu atau geran hakmilik strata
    • Cukai tanah 
    • Surat Perjanjian Jual Beli (nombor hakmilik lengkap mungkin tidak sah sekiranya harta tanah itu diperoleh bertahun-tahun sebelumnya, oleh itu adalah yang terbaik untuk memeriksa dengan Pemaju atau pengurusan bangunan)

 

8. Maklumat apa yang diperlukan untuk membuat carian tanah?

  • Anda memerlukan maklumat seperti berikut untuk membuat carian tanah:
    • Nombor Hakmilik
    • Jenis-jenis hakmilik
    • Lot no
    • Mukim/Bandar/Pekan
    • Daerah
    • Negeri

 

9. Bagaimana untuk membuat carian tanah di Sabah dan Sarawak?

Butiran untuk membuat carian tanah di Sabah dan Sarawak ada sedikit berbeza. 

  • Untuk carian tanah negeri Sabah, anda memerlukan:
    • Jenis-jenis Hakmilik
    • Nombor Hakmilik
    • Daerah
  • Untuk carian tanah negeri Sarawak pula, anda memerlukan:
    • Daerah 
    • Lot Nombor
    • Blok Nombor