Panduan Membaca Hasil Carian Tanah (Asas)

Sample Carian Tanah ( Carian Persendirian) dan Maklumat Anda Dapat Dalam Catatan Carian Tanah


   

Pengetahuan Asas Carian Tanah ( Carian Persendirian / Carian Rasmi)

 
Deskripsi dalam Catatan Carian Tanah Description in English Maklumat 

1) Keluasan 

Land Area

Keluasan tanah dalam meter persegi

2) Taraf Pengangan

Land Status

Selama lama = Freehold 

Pajalan = Leasehold 

Jika taraf pegangan merupakan pajakan, tempoh pajakan akan dinyatakan di bahagian “Tarikh Luput Pajakan”.

3) Kawasan Rizab

Malay Reserved Land 

Jika harta tanah yang dikhaskan sebagai Kawasan Rizab, pemindahan memerlukan pengesahan daripada Kerajaan Negeri

4) Sekatan Kepentingan

Restriction in Interest 

Kebanyakan hanya boleh diguna pakai untuk hartatanah pajakan dan jika ingin melakukan penukaran hak milik,ia memerlukan Surat Kebenaran Persetujuan Negeri ( State Authority Consent Approval Letter).

5) Pemilikan dan Alamst

Ownership and Address  

Maklumat berdaftar pemilik tanah yang terkini akan dinyatakan. Sila ambil perhatian ke-atas sesetengah harta tanah yang telah didaftarkan bertahun lalu dan berkemungkinan nombor kad pengenalan (NRIC) pemilik sebelum ini masih ada di carian tersebut  ataupun langsung tidak mempunyai maklumat tersebut.

6) Tanggugan dan endorsan-endorsan lain. 

Encumbrances

Kesemua tanggungan dan endosrsan-endorsan yang berkuatkuasa akan dinyatakan.

 

Nak Buat Carian Persendirian, Carian Rasmi or Salinan Sah Hakmilik Secare Online?

EasyLaw boleh membantu anda untuk buat carian tanah secara atas talian, Sila tekan butang bawah untuk buat carian tanah secara online sekarang!