Buat Carian Tanah Online Tanpa ke Pejabat Tanah

Panduan langkah demi langkah

Buat Carian Tanah Online Tanpa ke Pejabat Tanah

Langkah, maklumat yang perlu disediakan, kos dan tempoh siap. Untuk semua negeri, termasuk Sabah dan Sarawak.

Hasil carian dihantar melalui emel.

Ringkasan pantas

  1. 1
    Sediakan butiran hakmilikDaripada geran, bil cukai tanah atau perjanjian jual beli.
  2. 2
    Hantar permintaan dan bayar onlineTanpa beratur di pejabat tanah.
  3. 3
    Terima carian melalui emelHardcopy tersedia untuk semua jenis carian.

Anda boleh membuat carian persendirian atau carian rasmi secara online dengan EasyLaw, tanpa perlu ke pejabat tanah. Artikel ini menerangkan langkahnya, maklumat yang perlu disediakan, kos dan tempoh siap.

Cara tradisional: kaunter pejabat tanah

Bawa butiran hakmilik lengkap dan bayar caj pejabat tanah mengikut negeri. Anda terus berurusan dengan sumbernya. Cabarannya, anda perlu hadir sendiri. Sesetengah pejabat tanah mungkin memerlukan anda beratur dan memproses carian pada hari dan waktu tertentu sahaja.

Cara online: perkhidmatan carian tanah EasyLaw

EasyLaw menawarkan carian tanah di semua negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. Anda tidak perlu ke pejabat tanah dan tidak perlu beratur.

  • 1. Hantar permintaan di borang carian EasyLaw dengan butiran hakmilik.
  • 2. Buat pembayaran.
  • 3. Terima carian melalui emel.

Perkara yang perlu diketahui

  • Sila buat pesanan terus melalui laman web EasyLaw.
  • Carian persendirian diberi dalam softcopy. Hardcopy boleh diminta dengan caj kurier tambahan RM20.
  • Carian rasmi dan CTC diberi dalam softcopy dan hardcopy, tanpa caj kurier tambahan.
  • Butiran untuk Sabah dan Sarawak berbeza sedikit (lihat bahagian maklumat di bawah).

Kaunter atau online: perbandingan ringkas

  Kaunter pejabat tanah Online (EasyLaw)
Perlu hadir ke pejabat? Ya Tidak
Hartanah di negeri lain Perlu ke negeri itu Semua negeri melalui EasyLaw
Bayaran Caj pejabat tanah Caj pejabat tanah + caj perkhidmatan
Sesuai untuk Carian sekali di negeri sendiri Outstation, banyak negeri, atau tiada masa

Lihat caj pejabat tanah dan caj perkhidmatan EasyLaw untuk angka terkini.

Mana satu sesuai untuk anda?

  • Satu carian di negeri sendiri dan anda boleh ke pejabat tanah: kaunter mungkin paling jimat.
  • Hartanah di negeri lain, beberapa negeri sekaligus, atau tiada masa: carian online menjimatkan perjalanan.
  • 10 atau lebih carian serentak (peguam, ejen, pemaju): lihat diskaun pukal pada caj perkhidmatan EasyLaw.

Maklumat yang anda perlukan

Kawasan Butiran diperlukan
Semenanjung dan Labuan Jenis hakmilik, nombor hakmilik, nombor lot, mukim/bandar/pekan, daerah dan negeri
Sabah Jenis hakmilik, nombor hakmilik dan daerah
Sarawak Daerah, nombor lot dan nombor blok

Anda boleh dapatkan butiran ini daripada geran, bil cukai tanah atau perjanjian jual beli. Nombor hakmilik dalam perjanjian lama mungkin tidak lengkap, jadi semak dengan pemaju atau pengurusan bangunan.

Hanya ada alamat? Carian tanah tidak boleh dibuat dengan alamat sahaja. Lihat perkhidmatan Mendapatkan Maklumat Lengkap Geran (Title Number Finder), yang tidak boleh dibuat untuk harta strata.

Soalan lazim

Perlukah saya ke pejabat tanah?
Tidak. Anda hanya perlu butiran hakmilik dan membuat pesanan melalui laman web EasyLaw.
Boleh hantar gambar geran melalui WhatsApp?
Tidak perlu. Sila buat pesanan terus melalui laman web EasyLaw.
Berapa lama masa untuk mendapat carian tanah online?
Anggaran masa bagi setiap jenis carian:
  • Carian persendirian: 1 hingga 2 hari bekerja
  • Carian rasmi, KL / Selangor: 3 hingga 5 hari bekerja
  • Carian rasmi, negeri lain: 7 hingga 14 hari bekerja
  • CTC, KL / Selangor: 3 hingga 5 hari bekerja
  • CTC, negeri lain kecuali Johor dan Negeri Sembilan: 7 hingga 14 hari bekerja
  • CTC, Johor dan Negeri Sembilan: lebih sebulan, tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum

Semak tempoh pemprosesan terkini.

Carian persendirian atau carian rasmi, mana patut saya pilih?
Carian rasmi ditandatangani dan dimeterai oleh pejabat tanah dan digunakan untuk urusan rasmi; carian persendirian tidak. EasyLaw menyediakan maklumat sahaja dan tidak memberi nasihat guaman, jadi dapatkan pandangan peguam, bank atau agensi berkenaan. Baca perbezaan jenis carian.
Bagaimana untuk membuat carian tanah online?
Carian tanah online dibuat dalam 3 langkah:
  • Hantar permintaan di borang carian EasyLaw dengan butiran hakmilik.
  • Buat pembayaran.
  • Terima carian melalui emel.

Mulakan di borang carian tanah.

Maklumat apa yang diperlukan untuk carian tanah online?
Butiran yang diperlukan bergantung kepada kawasan:
  • Semenanjung dan Labuan: jenis hakmilik, nombor hakmilik, nombor lot, mukim/bandar/pekan, daerah dan negeri
  • Sabah: jenis hakmilik, nombor hakmilik dan daerah
  • Sarawak: daerah, nombor lot dan nombor blok

Butiran ini boleh didapati daripada geran, bil cukai tanah atau perjanjian jual beli.

Berapa kos carian tanah online?
Kos terdiri daripada dua bahagian:
Apakah beza buat carian tanah di kaunter pejabat tanah dengan online?
Di kaunter, anda perlu hadir ke pejabat tanah dan membayar caj pejabat tanah. Secara online, anda tidak perlu hadir, boleh membuat carian untuk semua negeri, dan membayar caj pejabat tanah ditambah caj perkhidmatan EasyLaw. Kaunter sesuai untuk satu carian di negeri sendiri, manakala online sesuai untuk hartanah di negeri lain, banyak negeri, atau bila tiada masa.
Boleh buat carian tanah untuk hartanah di negeri lain tanpa ke sana?
Boleh. EasyLaw menawarkan carian tanah di semua negeri, jadi anda tidak perlu ke negeri berkenaan. Hantar permintaan dan terima hasil melalui emel.
Boleh buat carian tanah online untuk Sabah dan Sarawak?
Boleh. Carian tanah online tersedia untuk Sabah dan Sarawak. Butiran yang diperlukan berbeza sedikit: Sabah memerlukan jenis hakmilik, nombor hakmilik dan daerah, manakala Sarawak memerlukan daerah, nombor lot dan nombor blok.
Boleh buat carian tanah dengan alamat sahaja?
Tidak. Carian tanah tidak boleh dibuat dengan alamat sahaja. Jika anda hanya ada alamat, lihat perkhidmatan Mendapatkan Maklumat Lengkap Geran (Title Number Finder), yang tidak boleh dibuat untuk harta strata.
Bagaimana saya menerima hasil carian tanah?
Hasil carian dihantar melalui emel dalam bentuk softcopy. Hardcopy juga tersedia:
  • Carian persendirian: hardcopy boleh diminta dengan caj kurier tambahan RM20
  • Carian rasmi dan CTC: hardcopy diberi tanpa caj kurier tambahan
Nombor hakmilik dalam perjanjian jual beli tidak lengkap, apa patut saya buat?
Nombor hakmilik dalam perjanjian lama mungkin tidak lengkap. Semak dengan pemaju atau pengurusan bangunan, atau rujuk geran dan bil cukai tanah anda.
Saya perlu buat banyak carian sekali gus, ada diskaun?
Untuk 10 atau lebih carian serentak (peguam, ejen, pemaju), lihat diskaun pukal pada caj perkhidmatan EasyLaw.

Baca juga

Sedia untuk buat carian tanah?

Hantar butiran hakmilik melalui borang EasyLaw dan terima hasilnya melalui emel.

EasyLaw menyediakan maklumat dan perisian sahaja. EasyLaw bukan firma guaman dan tidak memberi nasihat guaman.