Ini ialah perkhidmatan yang disediakan oleh EasyLaw untuk mengekstrak apa-apa Certified True Copy of Title (CTC) dokumen daripada pejabat tanah di mana-mana negeri di Malaysia.

Apakah yang diperlukan untuk mengekstrak dokumen ini?

  • Butiran penuh hakmilik
  • Nombor Perserahan transaksi spesifik seperti Caveat, Charge atau Memorandum of Transfer

Jenis-jenis dokumen yang EasyLaw boleh bantu untuk ekstrak:

1. CTC Caveat (Borang 19B Kaveat)
mengandungi maklumat penuh dan terperinci mengenai transaksi Caveat seperti:

  • Pendaftar / pentadbiran tanah
  • Butiran kaveator
  • Alasan tuntutan ke atas tanah / kepentingan
  • Tarikh kaveat
  • Butiran saksi
  • Tandatangan kaveator
  • Jadual tanah dan kepentingan serta butiran hakmilik
  • Untuk mengekstrak CTC Caveat, kami memerlukan butiran penuh hakmilik dan nombor perserahan transaksi tersebut.

2. CTC Charge (Borang 16A Gadaian)
mengandungi maklumat penuh mengenai transaksi gadaian seperti:

  • Nama pemilik
  • Jumlah bayaran yang dijamin kepada pemegang gadaian
  • Nama pemegang gadaian
  • Cap mohor
  • Tandatangan pegawai tanah 
  • Untuk mengekstrak CTC Charge, kami memerlukan butiran penuh hakmilik dan nombor perserahan transaksi tersebut.

3. CTC Pelan Tanah (Borang B2 Pelan Tanah)
mengandungi butiran penuh tanah seperti:

  • Butiran hakmilik
  • Lakaran / pelan layout tanah
  • Tarikh pendaftaran
  • Tandatangan pendaftar
  • Untuk mengekstrak CTC Pelan Tanah, kami hanya perlukan butiran penuh hakmilik tanah tersebut.

4. Memorandum of Transfer (Borang 14A Pindahmilik)
mengandungi maklumat terperinci seperti:

  • Pendaftar / pentadbiran tanah
  • Butiran pemilik
  • Butiran Pemindah & Penerima Pindahan
  • Tarikh daftar
  • Butiran penerimaan pindahmilik
  • Tandatangan Pemindah & Penerima Pindahan
  • Jadual Tanah & Kepentingan serta Butiran Hakmilik
  • Untuk mengekstrak Memorandum of Transfer, kami perlukan butiran penuh hakmilik dan nombor perserahan transaksi tersebut.

NOTA PENTING:

  • Jika anda tidak mempunyai butiran penuh hakmilik, anda boleh bertanya kepada kami tentang perkhidmatan iaitu Extraction of Title Information.
  • Jika anda tidak mempunyai Nombor Perserahan tertentu, anda perlu mendapatkan land search report terkini melalui perkhidmatan land search kami.
  • Caj bagi setiap servis akan diberikan melalui emel. Servis hanya akan diproses selepas pembayaran penuh diterima.

Tempoh Pemprosesan & Penyampaian Maklumat:

  • Masa pemprosesan bergantung kepada pejabat tanah di negeri masing-masing.
  • EasyLaw akan mengemas kini anda mengenai perkembangan setiap 3–5 hari bekerja melalui emel. 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK EKSTRAK DOKUMEN CTC:

STEP 1:
Klik pautan yang disediakan dan isi semua butiran yang diperlukan. https://www.easylaw.com.my/ctc-document-inquiry

STEP 2:
Kami akan berhubung melalui emel mengenai sebut harga dan proses. Jika bersetuju dan pembayaran telah dibuat, kami akan memproses permintaan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

STEP 3:
Keputusan akan diberi softcopy melalui emel, dan hardcopy akan dihantar melalui kurier.