Nak Rancang Pembangunan atau Renovasi?
Pastikan Anda Ada Pelan Akui Dahulu!
Apa Itu Pelan Akui?
Pelan Akui ialah salinan pelan tanah rasmi yang disahkan oleh JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia). Ia digunakan sebagai bukti sah sempadan dan keluasan sesuatu lot tanah. Diiktiraf oleh institusi kewangan, firma guaman, pejabat tanah dan majlis tempatan, dokumen ini menjadi rujukan penting untuk pelbagai urusan hartanah di Malaysia.
Siapa Perlukan Pelan Akui dan Dalam Situasi Apa?
- Pemaju Hartanah – Kunci kepada Kelulusan Awal
- Contohnya, sebuah syarikat pemaju ingin memulakan projek pembangunan bercampur di kawasan pinggir bandar. Walaupun geran telah lengkap dan tanah telah dimiliki sepenuhnya, permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) ditolak kerana tiada pelan rasmi yang menunjukkan sempadan tanah. Dengan Pelan Akui daripad JUPEM, mereka dapat:
- Mengemukakan permohonan pelan pembangunan
- Menunjukkan sempadan sebenar tanah
- Merancang infrastruktur dalaman seperti jalan dan sistem saliran
- Elakkan pertindihan atau kekangan dari sempadan jiran
- Penilai Hartanah – Untuk Tujuan Pinjaman dan Pelaburan
- Misalnya, seorang penilai hartanah dilantik oleh institusi kewangan untuk menilai sebidang tanah pertanian yang bakal dicagarkan. Semasa lawatan tapak, tiada pelan rasmi yang boleh dijadikan rujukan bagi pengiraan keluasan atau sempadan sebenar. Penilai mengesyorkan pemilik tanah untuk mendapatkan Pelan Akui bagi:
- Membolehkan pengiraan nilai berdasarkan keluasan sah
- Menyediakan laporan untuk tujuan pinjaman bank
- Elakkan kesilapan dalam dokumen nilai hartanah
- Arkitek & Jurutera – Bina Reka Bentuk Berdasarkan Data Sah
- Disatu situasi, seorang arkitek dilantik untuk mereka bentuk bangunan komersial 3 tingkat. Tanpa Pelan Akui, mereka tidak dapat mengenal pasti kedudukan sebenar lot, had binaan, dan potensi keluasan lantai (GFA). Arkitek menggunakan Pelan Akui untuk:
- Menyediakan pelan lantai dan susun atur bangunan
- Merancang lokasi infrastruktur seperti paip, longkang, dan jalan akses
- Memastikan binaan tidak melebihi sempadan yang dibenarkan oleh pihak PBT
- Pemilik Hartanah – Untuk Urusan Renovasi, Jual Beli & Pinjaman
- Tamsilnya, seorang pemilik rumah ingin melakukan renovasi major ke atas rumahnya. Semasa memohon kelulusan pelan bangunan daripada majlis tempatan, beliau diminta mengemukakan Pelan Akui. Pemilik rumah boleh menggunakan Pelan Akui untuk:
- Menyokong permohonan pelan ubah suai
- Menunjukkan struktur sedia ada dalam sempadan
- Mengelakkan masalah undang-undang kemudian hari
- Institusi Kewangan – Untuk Proses Kelulusan Pinjaman
- Sebagai contoh, seorang usahawan ingin mendapatkan pinjaman dengan mencagarkan tanah sebagai aset. Pihak bank meminta Pelan Akui sebagai salah satu dokumen wajib sebelum penilaian dibuat. Kepentingan kepada Bank:
- Menyemak ketepatan lokasi dan sempadan lot
- Elakkan risiko pembiayaan ke atas tanah yang tidak sah atau dipertikai
- Menilai potensi pembangunan semula untuk tujuan refinancing
Maklumat di dalam Pelan Akui
Pelan Akui akan menunjukkan beberapa informasi. Elemen elemen ini adalah penting terutamanya bagi mereka yang ingin menukar hakmilik kawasan tersebut kerana maklumat persempadanan adalah diperlukan oleh pihak pejabat tanah. Elemen tersebut adalah:
- Lokasi
- Nombor lot
- Bearing
- Saiz lot
- Sempadan diantara lot
Nilai Sebenar Pelan Akui
- ✅ Diiktiraf oleh JUPEM
- ✅ Disokong oleh institusi rasmi seperti bank, firma guaman dan PBT
- ✅ Mengurangkan risiko undang-undang dan penangguhan projek
- ✅ Asas kepada sebarang keputusan penting melibatkan hartanah
Khidmat Profesional dari EasyLaw
Di EasyLaw, kami memudahkan proses mendapatkan Pelan Akui – semuanya secara dalam talian.
- Permohonan Pelan Akui secara online
- Proses cepat dan mesra pengguna
- Mudah untuk pemilik, pemaju, peguam atau profesional industri
- Boleh membantu anda mendapatkan nombor pelan Akui daripada coordinate atau alamat
Tidak perlu ke JUPEM sendiri atau hadapi proses yang rumit – kami uruskan untuk anda dari awal hingga siap.
Tempoh masa untuk mendapatkan Pelan Akui
Anda hanya perlu memberikan nombor Pelan Akui kepada kami dan kami akan melakukan proses tersebut dalam tempoh 1-3 hari bekerja sahaja untuk anda. Namun begitu, tempoh masa boleh menjadi lebih lama sekiranya terdapat masalah teknikal dari pihak JUPEM.
Jangan risau sekiranya anda tidak mempunya nombor Pelan Akui, kami juga boleh membantu anda untuk mendapatkan Pelan Akui dengan menggunakan alamat atau koordinat sahaja.
Mulakan Langkah Anda Hari Ini
Pelan Akui bukan sekadar dokumen — ia adalah asas kepada segala urusan hartanah anda.
Mohon Pelan Akui anda secara online hari ini dengan EasyLaw.