Bersedia dengan Pelan Akui bagi Proses Hartanah Anda

 

Bersedia dengan Pelan Akui bagi Proses Hartanah Anda

 

Dalam urusan tanah di Malaysia, satu dokumen teknikal yang penting tetapi sering disalah anggap ialah Pelan Akui. Ramai menyangka ianya sama dengan Pelan Tanah, tetapi sebenarnya kedua-dua dokumen ini mempunyai fungsi dan peranan yang sangat berbeza. Sama ada anda seorang pemilik tanah, peguam hartanah, pemaju, atau pentadbir projek mengetahui bila Pelan Akui diperlukan boleh membantu anda mengelakkan kelewatan dan masalah undang-undang yang tidak dijangka.

 

Perbezaan Pelan Akui dan Pelan Tanah

Perkara Pelan Akui Pelan Tanah
Dikeluarkan oleh  JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia)    Pejabat Tanah
Tujuan  Rujukan ukur tanah sah & teknikal Rujukan umum untuk pemilikan
Ketepatan Sangat tepat (koordinat & bearing) Anggaran lokasi & saiz
Penggunaan rasmi Pecah bahagi, penggabungan, pengeluaran hakmilik baharu Disertakan bersama geran sebagai pelan rujukanproperty charge
Status Perundangan Diiktiraf secara rasmi dan sah oleh undang-undang Hanya sebagai lampiran; tidak disahkan oleh juruukur
Kod Unik Ada nombor PA (Pelan Akui) dan cap JUPEM Tiada nombor PA; tiada pengesahan teknikal

 

 

Proses yang Memerlukan Pelan Akui

  1. Permohonan Pecah Bahagian atau Penggabungan Tanah
  • Jika anda ingin memecahkan satu lot tanah kepada beberapa lot kecil, atau menggabungkan beberapa lot menjadi satu geran baru, Pelan Akui diperlukan untuk menunjukkan sempadan baru yang disahkan. Kenapa penting?
    • Pejabat tanah hanya akan luluskan permohonan jika pelan disahkan JUPEM
    • Proses ukur sempadan mesti mengikut ketetapan undang-undang

 

  1.  Permohonan Hakmilik Strata
  • Untuk pembangunan strata seperti kondominium, rumah pangsa atau kawasan berpagar, Pelan Akui digunakan dalam penyediaan pelan susun atur strata. Kenapa penting?
    • Digunakan sebagai asas permohonan strata title
    • Menunjukkan lokasi unit, aras dan sempadan dengan tepat
    • Perlu sebelum kelulusan CCC dan penyerahan unit kepada pembeli

 

  1. Permohonan Hakmilik Baharu atau Tukar Syarat Tanah
  • Apabila anda mohon hakmilik baharu atas tanah kerajaan atau ingin ubah syarat kegunaan tanah (contoh: dari pertanian ke bangunan), Pelan Akui diperlukan sebagai rujukan rasmi sempadan yang diukur. Kenapa penting? 
    • JUPEM perlu sahkan lokasi dan bentuk tanah sebelum pejabat tanah luluskan hakmilik
    • Mengelakkan konflik lokasi di masa depan
       
  1. Permohonan Kelulusan Pembangunan atau Kebenaran Merancang
  • Majlis Perbandaran atau PBT memerlukan pelan yang disahkan untuk menilai pelan pembangunan. Kenapa penting
    • Pelan Akui digunakan sebagai rujukan rasmi dalam permohonan KM (kebenaran merancang)
    • Pihak berkuasa teknikal akan merujuk pada koordinat dan ukuran sebenar

 

  1. Isu Pertikaian Sempadan atau Kegunaan Mahkamah
  • Dalam kes undang-undang berkaitan pencerobohan, sempadan bertindih, atau pengambilan balik tanah, Pelan Akui boleh dijadikan bukti teknikal yang sah.
    • Digunakan sebagai bahan bukti dalam mahkamah
    • Menyokong kes undang-undang yang melibatkan sempadan, keluasan atau lokasi sebenar

 

 

Kenapa Anda Perlu Bertindak Awal?

Permohonan Pelan Akui boleh mengambil masa 1 hingga 5 hari bekerja, bergantung kepada negeri dan kesediaan data di JUPEM. Sekiranya maklumat tidak lengkap, proses ini boleh menjadi lebih panjang. Antara maklumat diperlukan untuk mohon Pelan Akui:

  • Nombor lot / PT
  • Nombor PA (jika ada)
  • Koordinat GPS atau lokasi berpeta (jika tiada maklumat penuh)
     

 

Bagaimana EasyLaw Boleh Bantu?

Jika anda tidak pasti nombor lot atau nombor PA, pasukan carian tanah EasyLaw boleh membantu mengesan lokasi dan maklumat lengkap. Anda hanya perlu berikan alamat atau link lokasi Google Maps, kami akan bantu buat semakan rasmi.

 

Kesimpulan

Walaupun tidak semua urusan tanah memerlukan Pelan Akui, ia tetap menjadi dokumen penting dalam banyak proses kritikal. Kesilapan menyamakan Pelan Tanah dengan Pelan Akui boleh menyebabkan kelewatan, penolakan permohonan, atau konflik undang-undang.

Pastikan anda tahu bila Pelan Akui diperlukan, dan sediakan lebih awal untuk elakkan sebarang isu.