Carian Rasmi Hakmilik Di Malaysia
Apa itu carian rasmi hakmilik?
Sijil Carian Rasmi atau dikenali sebagai Carian Rasmi merupakan satu dokumen yang mengandungi cop dan tandatangan dari pendaftar yang telah mengesahkan bahawa maklumat pemilikan tanah dan perkara berkaitan dengan tanah di dalam dokumen tersebut masih berkuatkuasa dan sah seperti yang terkandung di dalam geran asal.
Dokumen ini mengandungi maklumat terperinci mengenai hakmilik tanah, termasuk nama pemilik, pemilikan semasa, status hakmilik, dan apa-apa urusniaga yang didaftarkan. Dokumen ini memastikan bahawa maklumat yang terdapat adalah terkini dan selaras dengan rekod dalam geran tanah asal. Sijil Carian Rasmi biasanya digunakan dalam transaksi hartanah untuk memastikan tidak ada masalah atau hutang tersembunyi pada hartanah yang ingin dibeli atau dijual.
Namun, sering timbul persoalan mengenai perbezaan antara carian rasmi dan carian persendirian. Biasanya, kedua-dua carian ini mengandungi maklumat yang sama, tetapi carian rasmi sahaja yang dilengkapi dengan cop dan tandatangan dari pendaftar di pejabat tanah. Selain itu, caj untuk carian rasmi lebih tinggi berbanding carian persendirian. Carian rasmi sering digunakan untuk urusan rasmi seperti permohonan di KWSP, bank, pusaka, dan mahkamah. Ia juga boleh dijadikan bukti pemilikan tanah atau rumah dan biasanya digunakan untuk permohonan pecah bahagian atau ukuran.
Maklumat yang diperlukan untuk membuat carian rasmi
Berikut merupakan maklumat yang diperlukan untuk membuat carian rasmi. Maklumat ini boleh diperoleh daripada:
(Strata)
(Landed)
Contoh Carian Rasmi
Berikut merupakan contoh sijil carian rasmi:
Maklumat yang terdapat di dalam sijil carian rasmi
Bagaimanakah cara untuk membeli carian rasmi
Carian rasmi boleh dilakukan di pejabat tanah. Anda boleh pergi ke pejabat tanah dan menghantar maklumat yang diperlukan untuk membeli carian tersebut. Namun begitu, EasyLaw menawarkan perkhidmatan membeli carian rasmi di seluruh negeri di Malaysia. Anda tidak perlu lagi menunggu nombor giliran di pejabat tanah atau pergi ke pejabat sendiri. Dengan EasyLaw, anda bukan sahaja menjimatkan tenaga dan masa, tetapi juga menikmati proses yang lebih cepat dan efisien. Pilih EasyLaw untuk pengalaman yang lebih lancar dan menyenangkan dalam pengurusan carian tanah anda.