Carian Persendirian Hakmilik
Apa Itu Carian Persendirian Hakmilik
Carian Persendirian Hakmilik atau dikenali sebagai Catatan Carian Persendirian merupakan satu dokumen yang mengandungi maklumat pemilikan tanah. Kebiasaannya perkara berkaitan dengan tanah di dalam dokumen tersebut adalah maklumat yang masih berkuatkuasa dan sah seperti yang terkandung di dalam geran asal. Untuk carian persendirian, ia tidak akan mempunyai cop dan tandatangan Pendaftar hakmilik dari pejabat tanah. Catatan carian persendirian hakmilik dilakukan bagi kegunaan persendirian sahaja. Oleh kerana ianya tidak mempunyai cop dan tandatangan dari pendaftar, adalah amat mustahil untuk menggunakan carian ini bagi tujuan rasmi.
Bagi catatan carian persendirian, kesemua maklumat di dalam carian tersebut adalah sama sahaja seperti di dalam carian rasmi. Dokumen ini mengandungi maklumat terperinci mengenai hakmilik tanah, termasuk nama pemilik, pemilikan semasa, status hakmilik, dan apa-apa urusniaga yang didaftarkan. Dokumen ini memastikan bahawa maklumat yang terdapat adalah terkini dan selaras dengan rekod dalam geran tanah asal.
Namun, sering timbul persoalan mengenai perbezaan antara carian rasmi dan carian persendirian. Biasanya, kedua-dua carian ini mengandungi maklumat yang sama, tetapi carian rasmi sahaja yang dilengkapi dengan cop dan tandatangan dari pendaftar di pejabat tanah. Selain itu, caj untuk carian rasmi lebih tinggi berbanding carian persendirian hakmilik. Untuk mengetahui caj pejabat bagi setiap carian, anda boleh tekan link di bawah:
https://www.easylaw.com.my/landoffice-disbursement
Maklumat yang diperlukan untuk membuat carian persendirian hakmilik
Berikut merupakan maklumat yang diperlukan untuk membuat carian persendirian hakmilik
(Strata)
(Landed)
Maklumat ini boleh diperoleh daripada carian persendirian:
Maklumat yang terdapat di dalam sijil carian persendirian hakmilik
Tempoh masa carian persendirian hakmilik
Dengan EasyLaw, biasanya carian persendirian memerlukan masa 1-3 hari bekerja untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, di beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan, proses mendapatkan carian persendirian ini boleh diselesaikan dengan lebih cepat.
Bagaimanakah cara untuk membeli carian persendirian hakmillik
Carian persendirian hakmilik boleh dilakukan di pejabat tanah atau secara atas talian. Anda boleh pergi ke pejabat tanah sendiri atau menggunakan servis runner dan menghantar maklumat yang diperlukan untuk membeli carian tersebut. Namun begitu, EasyLaw menawarkan perkhidmatan membeli carian persendirian hakmilik di atas talian untuk seluruh negeri di Malaysia. Dengan EasyLaw, anda hanya perlu menghantar maklumat secara online kepada kami dan anda bukan sahaja menjimatkan tenaga dan masa, tetapi juga menikmati proses yang lebih cepat dan efisien. Pilih EasyLaw untuk pengalaman yang lebih lancar dan menyenangkan dalam pengurusan carian persendirian hakmilik anda.
Anda boleh tekan butang dibawah untuk melakukan carian persendirian hakmilik bersama EasyLaw.